Tersentuh hati Ohmedia bila melihat gambar-gambar di Yaman ini. Terdapat beberapa negara di dunia ini yang berhadapan masalah kedaifan seperti di Liberia, Madagaskar, Malawi dan Burundi. Kehidupan mereka digambarkan sebagai krisis kemanusiaan yang paling teruk didunia setelah berlakunya peperangan di negara itu sejak tahun 2015.
Menurut sumber yang Ohmedia baca, kebanyakkan kanak-kanak di negara itu kekurangan zat dan banyak juga keluarga yang tidak mampu untuk membeli ubatan dan susu untuk mereka. Negara itu dikatakan telah jatuh miskin dan sekarang ditimpa dengan masalah kebuluran yang sangat teruk.
Pegawai kesihatan di daerah itu juga turut berusaha menyediakan bekalan secukupnya untuk penduduk di daerah Aslam. Sekiranya mereka ini tidak mendapatkan apa-apa pertolongan, kemungkinan mereka akan menghadapi kematian.
Banyak perkara yang terjadi di Yaman disembunyikan daripada negara luar. Dikatakan akan menjadi negara paling miskin di dunia sekiranya masalah ini berlarutan hingga tahun 2022. Perkara ini akan menyebabkan 79 peratus populasi penduduk Yaman akan hidup pada garisan kemiskinan.
Ohmedia harap bantuan yang dihulurkan tidak putus dan ada insan yang mulia yang ingin menghulurkan bantuan. Bersyukurlah kita disini masih aman dan masih lagi cukup hendak makan dan minum.
Sumber: Borakdaily
+Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media