Foto Ehsan Google |
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN, 17 Januari - Empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun, hari ini.
Pegawai Petugas Pusat Gerakan Operasi ( PGO), Mohamad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam lebih kurang pada jam 6.30 petang.
"Pasukan bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang pada jam 6.40 petang dan maklumat yang diterima daripada orang awam seramai enam pelajar sedang mandi dan disyaki empat daripadanya lemas.
"Keadaan ombak besar menyulitkan bomba untuk menjalankan operasi mencari dan kita terus berusaha menjalankan pencarian di persisir pantai, "katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.
Mereka yang terlibat ialah Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee.
Tambah Mohammad Azrul, usaha mencari oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun juga dibantu oleh BBP Chukai di lokasi kejadian.
"Ianya melibatkan 14 anggota Bomba dan Penyelamat dengan menggunakan kenderaan satu 'watet tander, satu' 'Emergency Medical Retrieval Service' (ERMS), dua utiliti dan satu bot arib," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, 30 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.
Sumber: teganukita.net