Sebelum ini panas mengenai isu pelaksanaan Jawi di sekolah vernakular yang mendapat tentangan hebat terutamanya dari NGO sekolah-sekolah cina, Dong Zong sehinggakan sebuah kongres diadakan bagi menentang pelaksanaan tersebut. Perkara ini telah mendapat reaksi pelbagi pihak kerana Dong Zong dilihat sebagai satu pertubuhan racis kerana tidak menerima pelaksanaan jawi disekolah vernakular khususnya di SJK Cina.
Walaubagaiamanpun disebalik isu Jawi yang melanda dunia pendidikan negara, seorang remaja cina bernama Ng Yen Yen telah tampil ke sebuah rancangan pagi disalah satu stesen tv menjelaskan minat beliau untuk belajar Jawi. Dalam temu ramah berkenaan tujuan dia belajar tulisan berkenaan adalah untuk memahami rakan-rakan berlainan etnik, khususnya orang Melayu.
Jelas beliau, belajar Jawi tidak mengubah pegangannya sebagai orang cina meskipun beliau mendapat tentangan dari keluarga semasa mula berjinak-jinak belajar tulisan dari tingkatan 3. Baginya belajar tulisan Jawi adalah satu nilai tambah bagi dirinya dan memudahkan dia untuk bergaul. Pada masa yang sama beliau turut mampu menyebut huruf jawi dengan sempurna dan menulis namanya dalam tulisan jawi dengan baik.
Sumber: TV3MALAYSIA Official
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media