"Dah 2020 Masih Lagi Harga Sama Macam 10 Tahun Lepas", Nabila Huda Bengang Dengan Sikap Produksi


Siapa tak bengang bila kita bekerja dan gaji yang ditawarkan tak berubah dan sama seperti kita melakukan kerja pada 10 tahun lepas. Situasi ini dialami oleh para pelakon, di mana sebelum ini Didie Alias telah meluahkan perasaan kecewa di Instagram apabila namanya digugurkan pada saat-saat akhir dalam sebuah drama televisyen dengan alasan tiada bajet.


Perkara ini telah mendapat perhatian pelakon wanita Nabila Huda dan turut berasa marah kepada produksi yang ingin buat sebuah filem atau drama, tapi bagi alasan pada artis mereka mempunyai bajet rendah.

Yang lagi menyirap, produksi nak buat drama dan filem, cerita kat kita pong pang pong pang. Bila deal kata projek bajet rendah dan tak ada bajet. Kalau tak ada bajet, jangan buat filem, jangan buat drama! Lepas tu deal harga tahun 2001! Fed up juga la, dah 2020 masih lagi dengan harga 10 tahun lepas. Kau deal filem rendah nak mampus harga telemovie, kata bajet tak ada, bila filem kau berjaya berjuta-juta, mana bonus? Yang penat lelah kita berlakon, tidur tiga hingga empat jam, promo bagai nak rak tu percuma saja la? Tak kan la nak kena minta baru nak nak bagi? - Luah Nabila di ruangan komen Instagram Didie.

Jadi apa yang perlu dilakukan? Nabila turut menasihatkan semua pelakon untuk meminta bayaran pendahuluan sebelum memulakan sesebuah drama atau filem dari produksi. Nabila merasakan yang mereka para pelakon selama ini terpaksa telan dan hadap semua benda pahit demi memastikan apa yang penonton nampak adalah baik.

Bagi Ohmedia, pihak produksi perlu lebih jujur kepada para pelakon kerana tanpa mereka, tidak mungkin sesebuah karya dapat dijayakan dengan baik. Janganlah menafikan hak orang lain demi kepentingan dan kesenangan diri sendiri.

Sumber: Mstar

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Sumber: Oh! Media