Budak Lelaki Ini Hantar Surat Cinta Untuk Mak Ayah Pada Setiap Minggu Kerana Rindu


Alahai, sweet betul bila tengok adik ni hantar surat cinta pada setiap minggu untuk mak ayahnya sebab rindu. Korang pernah buat macam ni tak bila terpisah dengan mak ayah? Hehehe.

Baru-baru ini seorang pengguna dari Twitter, @SyfqIrfn_ berkongsi sebuah kisah seorang pelajar tingkatan 1 dari Tahfiz Mataqu, Selayang yang bernama Sajid menghantar surat cinta untuk mak ayahnya.


Apa yang menghiburkan Ohmedia adalah pelajar ini membuat surat cinta siap ada side note sekali yang boleh buat korang berdekah tau. Eee, comel betul Sajid ni!

Kalau korang nak tahu, tweet ni telah mendapat 3.1k retweets dan 5.6k likes. Untungnya orang bila ada mak ayah lagi dekat atas muka bumi ni. Apapun, Ohmedia doakan Sajid menjadi anak yang soleh ya sayang? Amin.

Sumber: @SyfqIrfn_

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media