Atletico Madrid Ke Final Piala Super Sepanyol, Berjaya Comeback Untuk Menewaskan Barcelona

Sumber Gambar : Evening Standard

Atletico Madrid berjaya melakukan comeback di penghujung perlawanan untuk menewaskan Barcelona 3-2 pada aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol yang berlangsung di King Abdullah Sports City, Arab Saudi awal pagi tadi.




Atletico berjaya memecah kebuntuan serta menjaringkan gol pertama pada minit ke-48 menerusi Koke. Walaubagaimanapun gol tersebut hanya bertahan selama beberapa minit sebelum Barcelona menyamakan kedudukan menerusi Lionel Messi pada minit ke-51. Bekas pemain Atletico Madrid, Antoine Griezman berjaya meletakkan Barcelona di depan buat kali pertama pada minit ke-62 hasil tandukan padu untuk menewaskan Oblak.



Hasrat Barcelona untuk ke final tidak kesampaian apabila Atletico berjaya menjaringkan 2 gol dalam tempoh 10 minit sebelum wisel penamat menerusi Alvaro Morata dan Correira. Perghhh akhirnya Barcelona terciduk jugak. Nampaknya kempunan lah korang nak tengok perlawanan el clasico antara Barcelona dan Real Madrid di final nanti.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube






Sumber: Oh! Media