Wah! Tahniah Ohmedia ucapkan kepada atlet peluncur ais, Sangeeta Retnakumar yang berusia 12 tahun kerana berjaya meraih lima pingat emas untuk Malaysia dalam pertandingan Kejohanan Akhir Asia Ice Skating Institute (ISI) baru-baru ini di Bangkok, Thailand.
Kalau korang nak tahu adik Sangeeta ni bersaing dengan 128 peserta tau dari Filipina, Indonesia, Malaysia dan juga Thailand. Hebat tak? Nak tahu apa rahsia kemenangan dia? Adik ni berlatih empat kali dalam seminggu dan akan bangun sebelum matahari terbit untuk mengekalkan kecergasan dan stamina.
Terima kasih kepada adik Sangeeta Retnakumar kerana mengharumkan nama Malaysia. Apapun, Ohmedia doakan agar adik ni terus maju jaya dalam pertandingan pada masa akan datang.
Sumber: SAYS
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Sumber: Oh! Media