Ohmedia cukup geram bila dengar kes ragut sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian individu yang tak bersalah. Lagi-lagi bila ia melibatkan seorang wanita tua atau muda yang bergelar ibu.
Baru-baru ini, tersebar di media sosial yang dikongsikan Penang Kini dimana ada seorang wanita dan merupakan seorang ibu disahkan meninggal dunia selepas koma akibat diragut pada 23 November tahun lepas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Arwah selepas itu mengalami patah 3 tulang di leher, pecah bibir mulut dan koma beberapa bulan sebelum akhirnya meninggal dunia.
Lebih memilukan, apabila seorang anak kecil berusia 8 bulan turut hilang rasa kasih sayang seorang ibu. Berikut adalah perkongsian penuh dari Penang Kini.
Al-Fatihah Ohmedia ucapkan kepada keluarga arwah dan buat mereka yang masih meragut atau pernah terlintas di fikiran untuk melakukan kerja terkutuk ini, tolonglah hentikan. Semoga kita semua dilindungiNya.
Teringat pernah kena ragut 10 tahun lepas
Peragut busuk kejam sungguh hati hang, takda duit kerja lah!
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media