Setelah sekian lama diperkatakan, akhirnya Air Asia Group Bhd (AAGB) melalui pemiliknya Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan minat mereka untuk membeli Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Minat untuk pengambilalihan ini juga dikatakan telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh pengarah urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dimana selepas ini AirAsia X Bhd akan bekerjasama dengan MAB sebagai merging acquisition.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut telah memaklumkan minat beberapa syarikat lain seperti Japan Airlines, Air France-KLM, Malindo Airways dan setakat ini AirAsia sahaja yang semakin hampir untuk mendapat peluang ini selepas mereka sanggup membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion setahun untuk menampung kos operasi MAB yang dianggarkan RM1 bilion setahun.
Jadi apa agaknya nasib MAB selepas ini? Jika perjanjian ini berjaya dicapai, MAB akan digabungkan dengan Air Asia dimana konsep dan haluan syarikat ini akan ditetapkan AirAsia.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Sumber: Oh! Media