Zara Zya dan Hafreez Adam dah putus tunang? Serious lah weh? Rasanya diorang baru je bertunang hari tu tetapi menurut laporan Berita Harian, hubungan diorang sudahpun terlerai sejak bulan lepas.
Jumaat lalu, kami berbincang menerusi aplikasi WhatsApp dan sepakat untuk meleraikan persoalan mengenai hubungan kami, hari ini. Masing-masing tidak mahu berterusan mengundang apa sahaja rasa yang kurang enak, sejak kebelakangan ini. Kami putus pun dengan cara yang baik. Saya dan Zara tidak bergaduh. Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami. Buat seketika dan waktu terdekat ini, saya cuba mengelak untuk bertemunya. Saya juga tidak mahu detik sebegitu membuatkan kami berdepan sebarang tekanan daripada pihak luar. Saya percaya, masing-masing memerlukan ruang untuk melawan apa sahaja perasaan yang bertamu. Kita tak tahu, selepas berita ini didedahkan, kecaman dan tekanan mungkin bertandang tanpa diduga. Siapa sahaja jodohnya selepas ini, saya akan mendoakan yang terbaik dari kejauhan. Saya turut mengharapkan pengertian peminat kami, untuk sama-sama mendoakan yang baik-baik. Kalau boleh, usahlah bertelagah atau membuat apa-apa pertikaian selepas kami tidak lagi bersama. Teruslah menyokong diri dan kerjaya seni kami. Sama seperti pasangan lain, kami juga berdepan dugaan ketika menempuh alam pertunangan.
Hmm dulu selalu tengok diorang berdua dengan penuh gelak tawa. Walau bagaimanapun, diorang berpisah secara baik tau. Tak apa lah gais, mungkin jodoh diorang sampai situ je. Kita doa jelah yang terbaik untuk diorang berdua.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media