Wow! Kerajaan Dikatakan Akan Gunakan Toyota Vellfire & Honda Accord Pula


Wow! Bergayalah menteri-menteri kita lepas ni. Baru-baru ni ada satu laporan dari Malay Mail yang mendakwa kerajaan memerlukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

Selain itu, sebanyak 3,000 Honda Accord juga diperlukan untuk digunakan pegawai-pegawai kerajaan. Kesemua kenderaan ini juga dikatakan akan ditukar untuk setiap empat tahun.

Kontrak kenderaan baru ini dibuka selepas kontrak pihak Spanco selama 25 tahun itu telah tamat pada tahun ini. Kerajaan juga bercadang untuk menggantikan 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan dan 8,000 unit Proton Persona dan Saga yang digunakan setiap jabatan dalam tempoh limatahun mendatang.

Apa yang membezakan untuk kontrak baru ini, ianya hanya akan diguna pakai selama 15 tahun sahaja dan membabitkan 12,500 kenderaan yang bernilai RM300 juta setahun.

Jadi, syarikat apa agaknya yang akan mendapat kontrak kenderaan dari kerajaan ini? Antara syarikat yang terlibat adalah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto.

Jika maklumat ini benar, adakah Proton Perdana yang direka khas untuk kegunaan kerajaan ini juga akan diganti? Apa-apa kita harapkan keputusan yang lebih bijak akan dilakukan kerajaan dengan menutamakan kenderaan tempatan.

Sumber: Malay Mail, Careta

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Sumber: Oh! Media