Ish, sis tak sangka betul! Masih ada lagi orang berperangai pelik macam ni ya? Korang ada tengok tak video yang tular baru-baru ni di Twitter, @999Malaysia mengenai seorang lelaki yang miang ataupun lebih dikenali sebagai 'pervert' mengintai di tandas wanita.
Menerusi @999Malaysia di Twitter, kejadian tersebut telah terjadi di stesen minyak dekat Thailand. Nasib baiklah perempuan tu sempat merakam video muka suspek tu. Sis harap polis di Thailand dapat tangkap suspek tu. Ewah, suka hati dia je masuk tandas wanita semata-mata nak tengok tuuut.
Cubaan seorang lelaki miang untuk mengintai di tandas wanita menemui kegagalan .— Friends of 999 Malaysia 🇲🇾 (@999Malaysia) December 10, 2019
Dalam kejadian yang berlaku di tandas di sebuah stesen minyak di #Thailand itu, mangsa berjaya merakam video yang menunjukkan suspek menceroboh dan cuba mengintainya melalui bawah pintu tandas. pic.twitter.com/fyHblTQGJW
Sis cuma nak berpesan kepada wanita yang dekat luar sana kalau korang masuk toilet tu...rasa macam pelik ke apa. Haa korang keluarkanlah handphone korang buat macam akak tu. Kot-kot lah ada orang cuba nak intai korang time buang air kecil atau besar kan? Huhu. Scary weh!
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media