Korang ada tengok tak video yang tular di media sosial baru-baru ini tentang beberapa orang yang terlibat dalam pergaduhan di tengah jalan raya? Ish, malu betul bila tengok diorang macam ni tau.
KEMBALI LAGI KITA DALAM RANCANGAN “GADUH2 TENGAH JALAN” hahahahaha. FIRST TIME AQ TGOK LIVE. #Mycrimewatch pic.twitter.com/OSg0WOWchK— ikmalzaid (@ikmalzaid) December 1, 2019
Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna, @ikmalzaid di Twitter, korang boleh nampak sendiri siapa yang mencetuskan pergaduhan dulu. Amboi, kemain!
Alhamdulilah selesai pertemuan empat mata. Kami saling mohon maaf dan selesaikan cara baik.— Shazmie RajaProperty (@shazmiejo) December 1, 2019
Yang baik dtg dari Allah, yg kurang juga dari Allah atas kelemahan sy. Tq semua yang memudahkan urusan kami. 😊🙏 pic.twitter.com/8lz3B3SZyZ
Kita pun tak tahu apa puncanya diorang bergaduh. Walau bagaimanapun, selepas kejadian itu, diorang sudahpun berjumpa secara baik dan saling bermohon maaf. Alhamdulillah, jangan gaduh lagi gais. Malu bila orang tularkan kita di media sosial.
Doktor kena belasah.— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) October 4, 2019
Kalau yang perempuan tak melayan tak jadi jugak, belasah la dua-dua sekali, tunjuk muka perempuan tu sekali baru adil. pic.twitter.com/oaywFUYmfU
Tetapi kan...cuba korang tengok mamat baju putih tu. Sis dengar cerita daripada warganet dia pernah terlibat dalam pergaduhan juga sebelum ni membelasah seorang doktor yang dipercayai mengadakan hubungan percintaan sulit (skandal) bersama isterinya.
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media