(Video) Ini Pesanan Ulama Uighur Kepada Pemimpin Islam Dunia


Video ni mungkin boleh ditunjukkan dekat orang-orang yang masih mengatakan apa yang berlaku keatas etnik Uighur tu palsu. Ohmedia maksudkan dengan satu video yang telah dirakam oleh Ulama Uighur yang telah memberikan pesanan mereka kepada semua pemimpin Islam, terutama yang menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Gambar, video dan isu penindasan etnik muslim Uighur ni telah mula mendapat perhatian dunia semenjak pemain bola sepak Mesut Ozil dari Arsenal menaikkan satu kenyataan sokongannya kepada etnik ini. Kini, satu persatu pendedahan mengenai kekejaman pihak China semakin terbongkar.

Dalam video ini juga, ulama Uighur telah menyifatkan kezaliman China adalah paling teruk, ulama tersebut memohon pertolongan supaya para pemimpin Islam khususnya untuk membantu mereka menentang penindasan yang berlaku terhadap etnik Uighur dengan seadilnya.


Jadi, diharapkan agar lebih ramai pemimpin Islam di seluruh dunia lebih berani untuk bersuara terhadap ketidakadilan ini. Dalam perkembanga lain, ribuan rakyat Jepun turut telah turun ke jalan beramai-ramai bagi menunjukkan protes terhadap sikap biadap kerajaan China kepada komuniti Muslim Uighur.





+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media