Fuh! Ohmedia tak tahulah apa respon negara jiran kita sekarang bila dengar berita ni? Mesti dah ada yang meroyan kan?Haha. Kalau korang nak tahu, baru jer tadi UNESCO melalui media rasmi Twitter mereka mengumumkan satu Breaking News di mana seni mempertahankan diri Silat telah pun disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan pengiktirafan ini diberikan kepada Malaysia.
Seni Silat ni memang sangat terkenal dan digunakan di rantau nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Bagaimanapun, pengiktirafan ini telah diumumkan secara rasmi dalam persidangan mesyuarat sesi ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia.
Penyenaraian di peringkat UNESCO merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas satu daripada khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara. Penyenaraian ini juga akan memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan dunia dan secara tidak langsung akan mendapat perhatian pelbagai pihak dan dunia. - Kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.
🔴 BREAKING— UNESCO (@UNESCO) December 12, 2019
Silat has just been inscribed on the #IntangibleHeritage list.
Congratulations #Malaysia 🇲🇾! 👏
ℹ️https://t.co/KfkrRRiqzr #LivingHeritage #14com pic.twitter.com/0nSpOdZNjz
Sebelum ini, seni warisan Mak Yong juga telah membawa nama Malaysia buat pertama kalinya di persidangan sesi ke-3 UNESCO dan dimasukkan dalam kategori Masterpieces of the Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity (Originally Proclaimed 2005).
Pada sesi persidangan sesi ke-13 UNESCO juga, Malaysia telah mendapat pengiktirafan kali kedua dari badan dunia itu menerusi seni warisan Dondang Sayang dalam kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.
7
Tapi Indonesia yang dah mula nak claim sana, claim sini tu janganlah risau sangat, sebab UNESCO turut mengumumkan Pencak Silai sebagai budaya Indonesia. Jadi marilah kita sama-sama saudara dan sahabat baik menjaga budaya dan seni negara kita.
🔴 BREAKING— UNESCO (@UNESCO) December 12, 2019
Traditions of Pencak Silat, #Indonesia🇮🇩, have just been inscribed on the #IntangibleHeritage list.
Congratulations! 👏👏
ℹ️https://t.co/FQuHRxII7E #LivingHeritage #14com pic.twitter.com/aeFbUeLvlL
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media