Tun Minta Rakyat Betulkan Persepsi Terhadap “Kereta Terbang”
Sumber gambar dari Amanz
Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa Malaysia akan mempunyai kereta terbang sendiri. Walaubagaimanapun kereta terbang yang dimaksudkan bukanlah kereta terbang yang sebenar, tetapi projek dron di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
Sumber gambar dari Google
Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Tun Mahathir apabila beliau mahu rakyat membetulkan persepsi terhadap kereta terbang tetapi sebuah projek dron besar yang boleh memuatkan penumpang. Projek ini yang hangat diperkatakan sebelum ini telah mengundang reaksi rakyat Malaysia.
“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima," kata Tun Mahathir