Tun Mahathir Tegaskan Hanya Bahasa Kebangsaan Sahaja Untuk Nyanyikan Lagu Negaraku


Sekarang ni, kita sedang mendebatkan pula mengenai isu nyanyi lagu Negaraku dalam bahasa lain selain daripada bahasa Melayu. Ohmedia juga sebelum ini ada berkongsikan satu video yang viral apabila ada sebuah sekolah telah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin di dalam kelas.

Dalam isu ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang lagu Kebangsaan Negaraku tidak boleh dan dilarang untuk diubah dalam apa bentuk sekalipun.


Berita sebelum ini: (Video) Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Bahasa Cina? Motif?!

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga memberikan jawapan mengenai isu ini dan menegaskan bahawa lagu Negaraku tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain dari bahasa Kebangsaan.

Kita tak boleh nyanyi Negaraku dalam bahasa lain, tapi makna Negaraku boleh dimasukkan dalam buku untuk mudahkan orang bukan Melayu faham. Tetapi, bukan untuk dinyanyikan dalam bahasa lain, menyanyi tetap kena guna bahasa kebangsaan kita. - Kata Tun Mahathir.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sudah tahu mengenai perkara ini dan perlu mahir untuk menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa kebangsaan. Janganlah sengaja mencari alasan itu dan ini untuk meniakan sesuatu perbuatan. Perkara ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan kebenaran hanya diberikan untuk penterjemahan lagu Negaraku dalam apa bahasa sekalipun.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube



Sumber: Oh! Media