Seorang lelaki nekad menikam suami kepada wanita yang disukainya agar dia dapat memiliki wanita itu biarpun dengan cara paksaan.
Kejadian itu berlaku di Yogyakarta, Indonesia di mana suspek menikam mangsa kerana mengaku mencintai isteri mangsa dan disebabkan itu, suspek ditangkap polis pada 16 Disember 2019.
Suspek, Masrin Putra, 28, menikam mangsa, Winarta, 46, pada Jumaat 13 Disember 2019 selepas bengang isteri mangsa menolak lamaran cinta dari suspek.
Sebelum itu, suspek dan mangsa bertengkar dan setelah kejadian itu, suspek melarikan diri dengan motosikal. Sementara mangsa pula dikejarkan ke hospital kerana mengalami luka parah di bahagian dada kanan.
"Motifnya suspek suka dengan isteri mangsa dan mahu bermadu. Dari pengakuannya, suspek berfikir jika mangsa mati, dia dapat memiliki isterinya," kata polis.
Suspek ditahan polis ketika sedang bekerja. Motosikal, jaket, helmet dan senjata yang digunakan ketika kejadian turut dirampas.
Suspek akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun.
Sumber: Sosok
Sumber : thereporter.my