Terengganu FC tak akan guna SSMZA jika...


Kuala Nerus: Terengganu FC akan dapat menggunakan SSMZA bermula perlawanan pertama liga super pada Februari nanti.

“Namun, kita tidak akan benarkan padang ini digunakan sekiranya kawasan trek (balapan) tidak siap dibaik pulih sebagaimana dirancang.

“Perkara ini juga sudah berada dalam perhatian kerajaan negeri dan ‘Malaysian Football League’ (MFL), pihak MFL akan memberi keputusan pada 12 Disember, jika berjalan lancar, proses pembaikan akan dimulakan sehingga Januari selesai 2020.

“Sekiranya melalui MFL tiada penyelesaian, kita akan cuba jayakan dengan strategi kita sendiri yang telah dirangka,” ujarnya.

Tambah beliau, kemudahan seperti bilik persalinan pasukan tuan rumah dan pelawat, bilik pengadil, bilik VIP serta tempat duduk penonton juga akan diteliti sepenuhnya. - Teganukita