Tak Sangka Dengan Sentuh Bayang-Bayang Jer Dapat Tahu Bila Orang Akan Mati, BLACK Versi Malaysia Membawa Satu Kelainan!


Fuhh! Ohmedia baru jer habis layan 4 episod BLACK ni dan nampaknya kena jugalah habiskan 4 lagi episod kejap lagi sebab setiap episod BLACK ni memang buatkan korang rasa tak puas dan nak tahu setiap misteri yang berlaku dekat Malik ni. Siapa pulak Malik ni? Ok jom Ohmedia kongsi sikit apa yang best dengan drama BLACK ni.

Drama diadaptasi dari siri Korea versi Malaysia?

Kalau korang nak tahu, selepas kejayaan siri drama Keluarga Baha Don, VIU Malaysia dah keluarkan satu lagi drama terbaru yang diadaptasi dari siri asal Korea yang sangat popular iaitu BLACK. Tanpa menukar tajuk asal, BLACK versi Malaysia ini telah dihasilkan dan ia agak berlainan apabila mereka memasukkan budaya dan kepercayaan orang Malaysia, sesuai untuk tontonan kita semua.

Siri yang hanya boleh ditonton secara eksklusif di Viu ini juga membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Namron dan ramai lagi. Khir Rahman yang pegang watak Detektif Borhan memang menghiburkan, kelakar dalam kekasaran. Memang buat hal betul, haha!


Jom kita tengok Sinopsis siri BLACK Malaysia ni

Siri BLACK Versi Malaysia ini adalah sebuah drama fantasi cinta dan seram dan adaptasi Viu telah menggantikan konsep grim reaper dengan orang bunian. Ia bermula dengan misi BLACK (dilakonkan oleh Kamal Adli) ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu. Melanggar peraturan orang bunian, BLACK (dilakonkan oleh Kamal Adli) menghuni badan Malik, seorang pegawai polis yang telah mati, dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Walaupun membenci manusia kerana “cara primitif’ mereka, BLACK tertarik dengan Sofia (dilakonkan oleh Siti Saleha), seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian dan menjadi kunci penting dalam misi Malik. Kecewa dengan dirinya, Malik mula jatuh cinta dengan Sofia (satu lagi peraturan yang dilanggar). Pada pertengahan cerita, mereka terperangkap dengan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun yang membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama.

Pengarah sama untuk filem Pusaka gais!

Drama BLACK diarahkan oleh pengarah sama untuk filem Pusaka iaitu Razaisyam Rashid dan Kroll Azri. Menarik kan? Macam mana ending? Ehh, korang kenalah pergi layan dekat website Viu atau muat naik jer aplikasi Viu ni dekat Apple Aps Store dan Play Store tu. Ohmedia pun belum habis tengok lagi ni.

Tonton trailer BLACK Malaysia


Viu bagi layan 4 episod secara percuma?

Korang jangan risau, sebab Viu bagi kita semua layan 4 episod daripada 8 episod BLACK ni secara percuma jer. Jadi Ohmedia syorkan korang langgan jer Viu ni pada harga serendah hanya RM10 dan kalau nak lagi murah boleh tengok offer menarik untuk korang naik taraf kepada Go Premium user. Lepas tu, boleh la layan drama BLACK versi Malaysia, K-Drama dan semua drama serta filem terbaik yang ada dekat negara-negara Asian ni. Serius best!

Jadi, korang yang memang peminat K-Drama dan follow drama popular Korea, BLACK ni kena tengok versi Malaysia ni pulak. Ohmedia tahu ramai yang harapkan ada versi Malaysia dan Viu Original nampaknya dah tunaikan permintaan korang, hehe.



Sumber: Oh! Media