'Suami bagi mak dia RM2,000 setiap bulan, tapi saya tak pernah dapat sesen pun duit belanja sepanjang 4 tahun berkahwin' - Isteri


Salam. Saya seorang isteri yang hanya menjadi suri rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak yang comel. 

Saya ada master degree dan pernah bekerja dengan pendapatan RM6,000 sebulan. Namun saya berhenti di atas permintaan suami untuk ikut dia bertugas. Oleh kerana sayang dan patuh suami, saya turutkan. 

Suami kerja hebat, peroleh pendapatan lima angka. Sepanjang perkahwinan, tak ada duit belanja yang diberikan kepada saya. Sesen sangat berkira. Saya stress sampai meroyan sebab dulu saya yang cantik, kemas dan bergaya, sekarang menjadi selekeh, sememeh dan buruk. Malah, saya sudah hilang keyakinan diri. 

Saya pernah meminta duit belanja dari suami tetapi mak mertua bising dan marah saya. Mak mertua kata saya nak kemewahan. Saya jawab balik pada mak mertua, 

"Kalau betul saya nak kemewahan, apa yang ada di badan saya yang mak nampak mewah?

"Saya pakai serba-serbi yang ada sahaja dan beli di pasar malam yang harganya RM5 ke RM10 sahaja."

Saya ada access Maybank2U suami tanpa pengetahuan dia. Saya periksa semua transaksi yang dibuat. Mak mertua dapat paling sikit RM500-RM2,000 sebulan. 

Bila saya tanya suami ada tak duit belanja untuk saya? Dia selalu suruh saya tunggu, itupun kalau dia ada duit lebih. Tetapi sampai ke sudah memang tak ada duit belanja untuk saya. 

Tapi dia pandai pula complaint. Kata saya tak cantik macam dulu, tak wangi, serba-serbi tak kena. Sebab apa? Sebab saya bukannya ada duit macam saya bekerja dulu yang mana dengan pendapatan saya sendiri bolehlah pergi ke spa, buat facial dan sebagainya untuk mencantikkan diri. 

Saya down, saya bukan mata duitan, saya cuma nak duit sikit saja untuk belanja diri sendiri. Hurm...

Saya tak pernah paksa suami bagi berapa. Saya pun faham belanja ini mengikut kemampuan suami. Tapi kalau mak boleh diberi sebanyak itu, kenapa saya satu sen pun tak boleh diberi? Berilah sedikit reward untuk saya. 

Saya pernah tanya suami sama ada dia berhutang dengan mak. Tetapi dia tak ada hutang apa-apa dengan mak. Maksudnya, duit yang dia bagi setiap bulan kepada mak itu memang duit belanja untuk mak. 

Saya terkilan sangat-sangat. 

PERSOALANNYA: 
  1. Salahkah saya meminta duit belanja?
  2. Dengan siapa saya boleh mengadu bab ini? Pihak jabatan agama?



Sumber : thereporter.my