Sidang DUN Belia Buka Tirai Hari Ini


KUALA TERENGGANU, 22 Disember - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Terengganu (PPDBT) membuka tirai buat pertama kalinya apabila mula bersidang pada 22 hingga 24 Disember, di Wisma Darul Iman, di sini

Seramai 37 ADUN Belia iaitu 26 lelaki dan 11 wanita akan mewakili DUN masing-masing,  pada mesyuarat pertama  penggal pertama 2019.

Hishamuddin Abd Karim

Sementara itu, Hishamuddin Abd Karim (ADUN Tepoh)  dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Belia Negeri manakala  timbalannya disandang oleh Sulaiman Sulong (ADUN Pengkalan Berangan).

Sulaiman Sulong

Dalam pada itu, Mohd Amirul Affiq Azemi diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Dewan Belia Negeri kali ini.

PDBT menjadi satu lembaran baru bagi mendedahkan dan melatih golongan muda untuk turut mengambil cakna kepentingan persidangan DUN.

Ia juga menjadi platform untuk perbahasan idea-idea dan cadangan yang berkaitan pembangunan belia untuk di bawa kepada kerajaan negeri sebagai input dalam proses pembuatan polisi  bagi melahirkan dan mengasah bakat – bakat baru kepimpinan negeri sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan.



Sumber: teganukita.net