Wow! Kalau sebelum ni kita dapat melihat Les' Copaque tunjukkan bayangan jika Upin Ipin dah besar, sekarang diorang tunjuk pula bayangan Upin Ipin mempunyai rambut. Sejak ia mula diperkenalkan dari dulu hinggalah sekarang, Upin Ipin memang dikenali dengan mempunyai kepala yang botak dan hanya Upin sahaja yang mempunyai sehelai rambut di kepala.
Tetapi, baru-baru ni Les' Copaque melalui Twitter mereka dilihat mencari idea cerita untuk musim terbaru Upin Ipin untuk tahun 2020 nanti.
Share idea cerita Upin & Ipin tahun 2020 paling unik sekali— Les' Copaque (@lescopaque) December 16, 2019
Jadi, kita dapat melihat banyak komen dan cadangan yang diberikan peminat Upin Ipin dan ada satu cadangan yang meminta agar Upin Ipin alami mimpi mempunyai rambut.
Upin ipin mimpi diaorang ada rambut?😅— WE ARE ONE (@rabiatulaziemah) December 17, 2019
Ohmedia rasa memang ramai antara peminat Upin Ipin nak tengok macam mana Upin Ipin bila dah ada rambut. Haa inilah hasilnya.
Amacam, bergaya tak Upin Ipin bila dah tumbuh rambut? Apa-apa pun ini hanya lakaran dari Les' Copaque dan kalau nak tengok Upin Ipin punya rambut, kenalah tunggu siri baru tahun depan ok!
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media