Seriuslah Netflix Pun Ada Cukai?


Siapa yang penggemar filem-filem atau drama-drama mesti kebanyakkannya dah pun langgan Netflix ni kan? Mula tahun baru ni harga langganan untuk Netflix akan berubah gais! Macam yang korang tahu Netflix baru jer buat pakej untuk telefon pintar yang serendah RM17 tu, mesti ramai yang langgan sebab murah gila pakej yang Netflix tawarkan dan sangat la berbaloi untuk yang selalu tengok movie dalam telefon pintar jer.


Ohmedia dapat tahu yang setiap langganan Netflix lepas ni akan dikenakan cukai digital 6% kepada penyedia perkhidmatan asing. Bukan Malaysia jer yang terkena cukai ni tapi Singapore pon sama juga.


Dengar cerita harga baru ni akan bermula pada 9 Januari 2020 ni dan akan dinaikkan sekurang-kurangnya RM4 untuk setiap pakej Premium. Berikut adalah senarai harga baru untuk sesiapa yang ingin melanggan Netflix :

1. Basic - RM35 (dahulu RM33)
2. Standard - RM45(dahulu RM42)
3. Premium - RM55 (dahulu RM42)

Harga untuk pakej telefon pintar tu masih lagi sama dengan RM17 dan tidak ada apa-apa kenaikan.

Sumber : AmazingNara

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Sumber: Oh! Media