Seorang Remaja Maut Ketika Leka Bermain Video Games? Seriuslah?!

Sumber gambar dari Google
Umum mengetahui kesan buruk permaian video games terhadap kesihatan. Namun pernah tak terfikir kalau permainan ini mampu beri kesan lain, misalnya menjadi punca kepada sesuatu kemalangan. Ini yang berlaku di India apabila seorang remaja terminum bahan peluntur yang disangkakan air minuman ketika sedang leka bermain video games di telefon miliknya. Setelah meminumnya, mangsa merasakan badannya tiba-tiba rasa panas.

Dia kemudiannya melihat kembali botol minuman yang diminumnya dan menyedari bahawa air berkenaan merupakan bahan peluntur. Mangsa dan rakannya cuba meminta tolong dari kakitangan bertugas untuk menghantarnya mendapatkan rawatan, namun gagal kerana keretapi hanya akan berhenti apabila tiba didestinasi. Kesannya, mangsa meninggal dunia ditempat kejadian kerana keracunan melampau yang dialami.  Menurut pihak polis tempatan, bahan peluntur berkenaan milik rakan mangsa yang bekerja sebagai tukang emas.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media