Selamat Ulang Tahun YB


Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 18 Disember - Satu majlis kecil-kecilan diadakan hari ini di Pejabat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai melibatkan seluruh kakitangannya sempena menyambut ulang tahun kelahiran Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat, kelmarin.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan selamat ulang tahun, memotong kek, tayangan montaj, sesi bergambar dan jamuan. Ia berlangsung dalam suasana cukup meriah dan ceria.


Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Cukai, Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus ketika ditemui selepas majlis mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-59 buat Hanafiah  mewakili seluruh kakitangan.

"Kami di sini mengharapkan beliau akan terus sihat dan cakna rakyat di seluruh negeri Terengganu dan DUN Cukai khususnya.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada beliau untuk meneruskan agenda perjuangannya menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

"Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan YBC (Yang Berhormat Cukai) terkenal dengan sifat tegasnya tetapi pemurah, peramah dan juga seorang yang menepati masa.


"Kebiasaannya beliau akan sampai lebih awal atau tepat pada masanya. Beliau juga memberi komitmen yang tinggi dalam gerak kerjanya," tambahnya lagi.

Hanafiah pula dalam kalangan masyarakat di DUN Cukai sentiasa turun ke padang bagi melihat, memantau, berbincang serta membuat keputusan yang akan memberi kebaikan kepada rakyatnya.

Sumber: teganukita.net