Oleh: Nizam at-Takiri
KUALA NERUS, 14 Disember - Pengerusi Terengganu Strategic and Integrity Institute (T-SIS), Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengucapkan selamat datang kepada semua peserta “The First Meeting of the ICAPP Tourism Promotion and Intercity Cooperation (TOPIC) Council”.
Program ini berlangsung di Marina Duyong and Resort bermula semalam hingga Isnin (13 hingga 16 Disember) yang melibatkan pimpinan dan delegasi luar negara.
Dr Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, program ini akan membincangkan hala tuju dan resolusi bagi meningkatkan prestasi sektor pelancongan dalam dan luar negara.
Tambah beliau lagi, program ini amat penting kerana sektor pelancongan adalah nadi bagi pendapatan dan pembangunan sesebuah negara.
“Dalam persidangan yang julung-julung kali diadakan di Terengganu ini, ianya akan membincangkan hala tuju serta resolusi bagi meningkatkan prestasi sektor pelancongan dalam dan luar negara.
“Program ini amat penting kerana sektor pelancongan adalah nadi bagi pendapatan dan pembangunan sesebuah negara,” kata beliau yang juga Bendahari Sayap Pemuda ICAPP sewaktu dihubungi kelmarin.
Persidangan itu dihadiri oleh Setiausaha Agung International Conference of Asian Political Parties (ICAPP), Hon. Park Ro-byug, Pengerusi ICAPP TOPIC, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali.
Sumber: teganukita.net