Pesakit Kanser Usus Terima Kerusi Roda


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 23 Disember- Seorang pesakit kanser usus telah menerima sumbangan kerusi roda dari Pusat Khidmat DUN Kuala Besut.

Che Safiah Osman, 82, yang tinggal di Kampung Pachakan, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana kini beliau tidak lagi perlu diangkat untuk bergerak.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, dengan adanya kerusi roda itu, dapat meringankan beban beliau sekeluarga.

"Kita akan cuba membantu semampu mungkin sesiapa yang memerlukan bantuan.


"Pintu pejabat kami sentiasa terbuka kepada semua rakyat Kuala Besut jika ada permasalahan dan in shaa Allah kami akan cuba bantu sebaik mungkin," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program ziarah, di sini, pada semalam.

Turut sama ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman Mohd dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut.




Sumber: teganukita.net