Siapa orang Kedah dekat sini? Rasanya korang tahu kot kejadian yang terjadi di kedai emas Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah dirompak oleh seorang lelaki baru-baru ni. Ish berani betul dia buat kerja macam tu ya?
Menerusi page @My_CrimeWatch di Twitter, lelaki tu memakai helmet dan baju putih serta seluar hitam. Sebelum dia ambil emas tu, sempat lagi dia keluarkan senapang gais! Sis harap perompak tu kena tangkap dengan polis secepat mungkin.
Kedai emas dalam Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar dirompak siang tadi. Selamba saja perompak buat kerja seorang diri macam Rambo. Semoga cepat kena tangkap! pic.twitter.com/xK6Xkof6dq— MyWatch (@My_CrimeWatch) December 2, 2019
Kalau ya pun terdesak sangat nak duit, banyak lagi cara korang nak cari duit secara halal tau. Janganlah buat kerja macam ni. Ingat, Allah nampak segala perbuatan kita.
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media