Penunjuk Perasaan Hong Kong Tunjukkan Sokongan Terhadap Etnik Uighur, Naikkan Lagi Kemarahan Beijing


Nampaknya penunjuk perasaan Hong Kong masih tidak mahu berdiam diri dan kali ini mereka turun beramai-ramai untuk menunjukkan solidariti kepada etnik Uighur China. Penunjuk perasaan pro demokrasi Hong Kong ini juga menyamakan situasi mereka dan nasib yang menimpa minoriti Muslim yang ditindas itu dan ini pastinya akan meningkatkan lagi kemarahan Beijing.

Bertindak dengan situasi ini, polis rusuhan telah melakukan leraian terhadap penunjuk perasaan selepas mereka bertindak membuang bendera China di sebuah bangunan kerajaan.


Kita tidak patut melupakan mereka yang mempunyai matlamat sama dengan kita, perjuangan kebebasan kita dan demokrasi serta kemarahan terhadap Parti Komunis China. - Kata seorang penunjuk perasaan.

Sebenarnya, mereka telah lama menunjukkan sokongan terhadap etnik Uighur apabila bendera pro Uighur sering kelihatan dalam perhimpunan mereka. Tetapi kali ini, ia cukup bermakna apabila perhimpunan itu dilakukan hanya untuk menuntut nasib etnik Uighur.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media