Pengisian Agama Untuk Mangsa Banjir Di PPS



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 4 Disember - Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skud Amar) mengadakan program yang berbentuk keagamaan untuk mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Rusila dalam memberikan pengisian keagamaan kepada mangsa banjir.

Ketua Skuad Amar, Nasaruddin Samsudeng berkata, kali ini, Skuad Amar hadir merealisasikan saranan yang telah dikemukakan oleh Dr Ahmad Samsuri yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.


Katanya setahun yang lalu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pernah berkata bahawa pihak kerajaan  akan memberikan pengisian berbentuk sokongan moral dan pengisian rohani di PPS.

“Kita akan adakan sesi tazkirah atau kuliah dari masa ke semasa bagi mengisi masa terluang disamping mendekatkan diri dengan Allah, malah solat lima waktu juga turut diadakan secara berjemaah.

“Langkah ini juga adalah salah satu cara untuk menunjukkan kita komited untuk menjaga kedua-kedua aspek duniawi dan ukhrawi.

“Setiap perkara dan musibah yang berlaku ada rahmatnya serta mereka yang terlibat perlu sentiasa menjaga hubungan antara tuhan dan manusia,"katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, kejadian yang berlaku ini, adalah salah satu cara Tuhan hendak memberi kebaikan di mana masyarakat, jabatan, dan agensi juga lebih terbuka, bahawa ada mereka yang memerlukan perhatian.

Sesi tazkirah dan solat secara berjemaah di PPS Rusila telah diimankan oleh Penasihat Skuad Amar, Yusuf Abdul Hadi.

Sumber: teganukita.net