Siapa je tak sedih bila kita kehilangan mak ayah kita kan? Baru-baru ini, seorang gadis di Twitter, @syzssyfqh memuatnaik beberapa gambar pertunangan bersama kedua ibu bapanya.
Lagi 4 hari ayah Jadi wali iqa. Tapi ayah tak sempat nak walikan iqa, nak tengok iqa kawin. Dari awal lagi ayah excited dah booking itu ini untuk wedding iqa. Tapi kenapa ayah tak tunggu iqaðŸ˜. For those who asking about my wedding this sunday, Majlis diteruskan atas nasihat imam pic.twitter.com/AahgWDwV6C— Syaa. (@syzssyfqh) December 10, 2019
Menerusi tweet tersebut, gadis itu memberitahu bahawa dia kehilangan ayahnya 4 hari sebelum majlis perkahwinan. Menurut @syzssyfqh, ayahnya patut menjadi wali pada hari bahagianya tetapi hajat itu tidak kesampaian.
Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan gadis itu masih diteruskan atas nasihat imam. Innalillahwainnalillahiroijun...takziah kepada awak dan keluarga. Semoga awak kuat ya sayang? Dan tahniah, lagi beberapa hari je awak nak jadi seorang isteri.
+ Baca respon pembaca Oh! Media
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media