Kolam FC A Juara Sulung Futsal Piala DUN Batu Buruk

Kolam FC A dinobatkan juara sulung kejohanan.


Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 6 Disember - Pasukan Kolam FC A muncul juara sulung Kejohanan Futsal Bawah 18, Piala Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.

Menewaskan Nibong FC dengan jaringan 3-1, Kolam FC A berjaya membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai sebanyak RM500 beserta medal kejohanan.

Manakala, Nibong FC yang berada di tempat kedua, menerima wang tunai RM 300 beserta medal kejohanan.
Nik Rosdi Nik Jusoh.

Pengerusi Kelab Sahabat Batu Buruk (Sahabat), Nik Rosdi Nik Jusoh yang menyampaikan hadiah kepada pemenang melahirkan kesyukuran setelah kejayaan penganjuran edisi pertama kejohanan itu diadakan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Piala YB ADUN Batu Buruk kali ini.

"Insya-Allah, kejohanan ini akan dijadikan acara tahunan selepas ini,” ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas majlis berkenaan, di Hazlan Futsal & Indoor Soccer, di sini hari ini.

Sementara itu, Raja Baran FC dan Gong Tok Nasek FC masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM150 beserta medal kejohanan selepas berada di tempat ketiga bersama.

Kejohanan tersebut telah menarik minat ramai anak muda dengan penglibatan sebanyak 20 pasukan dari dalam kawasan Batu Buruk.





Sumber: teganukita.net