Khatan Perdana Ringan Beban Ibu Bapa


Oleh: Aminji

KEMAMAN, 10 Disember - Program khatan perdana yang dianjurkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam kemeriahan suasana cuti persekolahan yang kunjung tiba.

Justeru Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih turut tidak ketinggalan menganjurkan program tersebut.

ADUN Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, program itu terbuka kepada semua masyarakat di dalam kawasan DUN Air Putih.

"Para peserta hanya membayar sekitar RM30, selebihnya ditanggung oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih.


“Kanak-kanak juga diharapkan dapat mengisi masa sempena cuti sekolah ini dengan aktiviti berfaedah seperti menghadiri kem-kem yang dianjurkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berkahatan Perdana yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Cheneh dan Pemuda DUN Air Putih.


Peserta yang terlibat adalah seramai 117 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

Sumber: teganukita.net