Kementerian Kerja Raya Umum RFID Dilaksanakan Secara Rasmi, Babitkan Beberapa Plaza Tol

Sumber gambar dari SoyaCincau
Baru tadi Ohmedia dapat info yang Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan bahawa Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan pada 1 Januari ini. Menurut info, RFID terbuka untuk kenderaan kelas 1 dimana melibatkan 62 plaza tol. Menterinya berkata, RFID ini diperkenalkan sebagai mod pembayaran yang baru disamping mod pembayaran sedia ada, seperti Smart Tag dan Touch n' Go.


Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan, pengguna RFID akan menikmati beberapa faedah, antaranya dapat membuat pembayaran dengan mudah dan selesa disamping tiada kos selenggara yang membebankan. RFID ini dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi kerajaan untuk melaksanakan sistem kutipan tol tanpa henti, dengan tujuan untuk meningkatkan perkhidmatan bayaran tol di masa hadapan. Antara plaza tol yang terlibat:

Sumber gambar dari LLM
Untuk info korang, RFID adalah sticker yang disambung dengan Touch n' Go eWallet, dimana korang perlu menambah nilai secara atas talian sekiranya mahu menggunakan mod pembayaran berkenaan. Ohmedia nak ingatkan sekiranya korang ingin menjadi pengguna tegar mod pembayaran ini, korang perlu pastikan yang Touch n' Go eWallet korang tu ada baki yang mencukupi.

Sumber: Twitter LLM

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube






Sumber: Oh! Media