Baru-baru ini viral di media sosial thread mengenai tips apa yang perlu dibuat sekiranya kad Touch & Go (TNG) kehabisan kredit di plaza tol, berikutan lorong top up kad TNG ditutup bagi melancarkan aliran trafik.
Menurut sumber, pengguna lebuh raya yang mengalami masalah itu tidak perlu keluar dari kereta dan pergi ke pejabat plaza tol berhampiran untuk menambah nilai Kad TNG. Ini kerana tindakan itu hanya akan menyebabkan lebih ramai pengguna terpaksa menunggu lama.
Pihak PLUS beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS datang. Runner akan bantu kita untuk top up dan serahkan semula kad TNG kita.
Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai itu pesan janganlah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS. Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sebab marah ke apa, just stay calm sampai runner PLUS datang.
Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke pondok top up. Insiden pengguna yang melintasi lorong untuk ke pondok top up adalah perkara yang tidak patut berlaku.
Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna untuk datang sendiri ke pondok top up, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan untuk membuat aduan segera.
PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible untuk tinggalkan kereta. Contohnya memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada bayi dalam kereta.
So selepas ini, terutamanya wanita, kalaulah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner. Jangan panik dan tolong jangan bahayakan nyawa anda. Apa pun, lebih bagi jika kita pastikan kad kita cukup baki.
Bagaimanapun, netizen telah memberi respon kepada thread itu dan memaklumkan tips seperti itu tidak berfungsi seperti yang diwar-warkan.
Sumber: Twitter
Sumber : thereporter.my