Joe Flizzow Bertunang? Seriusly?!

Baru-baru ni, rappers terkenal Joe Flizzow, selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya iaitu Marini Ramlan selepas beberapa tahun menyulam cinta di Petaling Jaya, Selangor. Marini merupakan seorang pelukis profesional dan usahawan.


Berita gembira ini dikongsikan oleh adik kepada tunang Joe Flizzow sendiri menerusi Instagramnya yang mengatakan dia telah dapat ahli keluarga baru. Ibu Joe, Aishah Ali telah mendedahkan yang dia telah merisik Marini Ramlan sekitar September lalu dan tiada sebarang tarikh yang ditetapkan lagi, tapi majlisnya bakal berlangsung awal tahun depan.


Tahniah diucapkan kepada Joe Flizzow dan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan. Semoga semua urusan lepas ni akan dipermudahkan ya!

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Sumber: Oh! Media