Bermula 1 Januari 2020, mana-mana perokok yang didapati ingkar terhadap larang merokok di semua premis makanan akan dikenakan denda RM10,000.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan.
27,759 premis makanan diberi amaran kerana gagal meletakkan tanda larang merokok dan 3,889 notis dikeluarkan terhadap individu yang didapati merokok di kawasan kedai makan.
Dari Januari 2019 hingga 3 November, KKM menerima 23,805 aduan.
Justeru, bermula 1 Januari 2020, para perokok wajib mematuhi peraturan iaitu merokok di luar jarak tiga meteri dari premis makanan.
Bagi kesalah merokok di kawasan larangan, pesalah boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250. Jika pesalah gagal membayar kompaun tersebut, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.
Sumber: Astro Awani
Sumber : thereporter.my