"Ia Mungkin Tidak Ada Daya Tarikan, Tapi" - Proton Saga Kembali Mendapat Perhatian Di UK


"Ia mungkin dilihat tidak mempunyai daya tarikan, namun Proton pertama di UK membuktikan harga yang murah tidak semestinya mempunyai kualiti yang rendah dan tidak dipercayai", itulah kata-kata dan komen dari pengguna kereta model Proton di United Kingdom.

Ramai yang tahu bahawa kereta Proton adalah satu kebanggaan rakyat Malaysia di mana ianya mula dikeluarkan pada tahun 80-an lagi. Model pertamanya adalah Proton Saga dan berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk UK pada Mac 1989.

Sekarang kita dapat melihat jenama Proton masih berjaya menarik hati dan minat pembeli. Bagaimanapun, model Proton Saga ini juga masih mempunyai peminat yang tersendiri dan ia bukan hanya boleh dilihat di Malaysia, namun masih boleh dilihat di UK.


Dalam perkongsian di atas juga, dapat dilihat ramai lagi pengguna Proton di UK yang turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi gambar dan kenangan mereka bersama Proton dan ada yang menyatakan bahawa Proton Saga lebih popular berbanding semua jenama kenderaan lain pada ketika itu.








+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Sumber: Oh! Media