Hantar Anak Belajar Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kerana Mahu Memenuhi Impian Ibu Mentua?! Seriuslah?!

Gambar sumber dari Sinar Harian
Ada sesetengah lebih cenderung untuk menghantar anak mereka belajar disekolah kebangsaan biasa atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Namun demi untuk memenuhi hasrat ibu mentua, seorang wanita telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran darjah satu  disekolah jenis kebangsaan Tamil.

Ini semua kerana hasrat ibu mentuanya yang mahukan cucu-cucunya menguasai pelbagai bahasa. Beliau dan suami juga tidak kisah kerana bagi mereka ini akan memberi nilai tambah kepada anak mereka dari segi penguasaaan komunikasi bahasa. Menurut beliau, anak saudaranya juga duhantar ke sekolah jenis kebangsaan Cina.

Beliau menyedari sememangnya sukar jika tiada asas dalam Bahasa Tamil. Oleh yang demikian beliau telah menghantar anaknya ke pra sekolah yang menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Beliau mendakwa anak kini mudah bergaul dan berkomunikasi dalam bahasa Tamil meskipun tidak beberapa fasih.

Tambah beliau, setakat ini tiada kritikan atau komen negatif diterima sebaliknya kata-kata positif  dan ransangan daripada ahli keluarga dan jiran-jiran. Beliau juga merancang untuk menghantar dua anaknya lain kesekolah berbeza agar dapat menguasai kemahiran berlainan.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube




Sumber: Oh! Media