Tipulah kalau dulu korang tak pernah layan filem Leftenan Adnan yang diarahkan oleh Aziz M.Osman. Filem yang diinspirasikan dari kisah sebenar dan patriotik itu ternyata telah meninggalkan kesan kepada setiap penonton dari dulu sehingga sekarang.
Kalau korang nak tahu, tahun 2020 nanti adalah genap 20 tahun ulang tahun filem ini dan abang Aziz ada sesuatu yang ingin dia berikan kepada peminat.
Dilihat kepada kemaskini terbaru abang Aziz di laman Twitternya, dia berniat mahu menambah baik kualiti filem yang berumur 20 tahun ini kepada paparan ultra HD dan telah bertanya kepada peminat samaada setuju atau tidak.
Tahun 2020 adalah ulangtahun filem Leftenan Adnan yg ke20. Siapa setuju sy upgrade filem ini ke Ultra HD untuk penonton sekarang? pic.twitter.com/6JWFOSVLiB— Aziz M.Osman (@AzizMOsman) December 22, 2019
Siapa yang tak setuju kan? Ohmedia pun sokong 100% kalau abang Aziz M.Osman nak upgrade filem ni. Rata-rata netizen dan peminat juga menyokong tanpa berfikir panjang dan ada juga yang meminta agar semua filemnya termasuk filem Senario turut di upgrade kerana semua filem itu telah meninggalkan banyak kenangan kepada penonton.
Perasaan ni samalah seperti kita tengok filem Tan Sri P. Ramlee yang sudah mula diwarnakan dan diharapkan abang Aziz M.Osman dapat menjadikan ini sebagai satu kenyataan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media