Elaun Menteri-Menteri Banyak, Tapi Kenapa Elaun Kritikal Penjawat Awam Akan Dimansuhkan?


Dikalangan netizen sekarang ni sedang hangat perdebatan tentang isu elaun-elaun yang diberikan kepada menteri-menteri yang tak la masuk akal jumlahnya dan apatah lagi sekarang isu elaun krikital penjawat awam akan dimansuhkan. Semua orang tertanya-tanya kemana perginya duit rakyat? Kenapa banyak benda yang akan dimansuhkan oleh kerajaan? Apa faedah elaun parking sebanyak RM5700 yang menteri-menteri tu dapat?


Ada satu keratan gambar dari surat khabar yang menunjukkan jumlah-jumlah elaun yang diperuntukan kepada menteri-menteri dan antaranya ialah elaun keraian, elaun perumahan, elaun wakil rakyat, dan elaun parking. Banyak gila elaun yang diorang dapat ni dan mesti best kan kalau kita semua dapat macam tu, cis!

Baru-baru ini, Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri seratus peratus menidakkan kenyataan tu dan tiada elaun parking yang diperuntukkan sama sekali kepada menteri-menteri dan memberitahu gaji yang diberikan kepada semua menteri adalah sama jumlahnya kecuali kepada Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Maklumat pada keratan akhbar yang sedang menjadi buah mulut netizen sekarang ni adalah palsu dan tidak sama sekali diketahui dari mana datangnya sumber tersebut.

Sumber : AmazingNara

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Sumber: Oh! Media