Sumber gambar dari Kuan Chee Heng |
Menurut kenyataan Uncle Kentang, beliau sangat sedih dan terkilan dengan jawapan yang diberikan oleh SYABAS berkaitan isu air yang membelenggu rakyat Selangor khususnya dikawasan lembah Klang. Uncle Kentang menyatakan bahawa sudah 3 hari beliau tidak mandi dan terpaksa membersihkan diri ke kawasan hentian rehat dan rawat untuk berbuat demikian kerana air tangki dirumahnya sudah habis.
Beliau juga menemplak beberapa pemimpin BERSIH yang membisu dari menyuarakan masalah ini setelah mendapat jawatan dalam kerajaan sambil memuat satu gambar di akaun Facebook miliknya. Beliau menambah, sesiapa yang memerlukan bantuan untuk mengangkat air, pihaknya sedia membantu.
Sumber: Sinar Harian dan Kuan Chee Heng
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh Youtube
Sumber: Oh! Media