Delegasi Palestin Saran ADUN Belia Terengganu Persiap Diri Dengan Ilmu



Khalil Al-Hayya ketika berucap di Sidang DUN Belia Terengganu.



KUALA TERENGGANU, 24 Disember- Ahli Parlimen Palestin, Khalil Al-Hayya menasihati Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu supaya mempertingkatkan ilmu dan kematangan untuk mewarisi kepimpinan negeri pada masa akan datang.

Beliau yang hadir dalam kunjungan sehari ke Terengganu itu turut merakamkan kecintaan mereka kepada rakyat Malaysia khususnya di negeri itu yang banyak membantu masyarakat Palestin menghadapi kekejaman Zionis.

"Belajarlah sehingga boleh memimpin. Negeri ini adalah negeri Islam, maka pelajarilah Islam sebagai asas dan pengkhususan bidang lain akan datang selepasnya.

"Kami begitu yakin umat ini khususnya rakyat Malaysia sentiasa bersama kami untuk memastikan Palestin dibebaskan," katanya.
Delegasi Palestin menemui Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sidang DUN Belia Terengganu Penggal Pertama di Wisma Darul Iman, semalam.

Beliau yang juga Pegawai Kanan Hamas hadir bersama Pengerusi Palestinian Muslim Scholar (cawangan Asia Tenggara) Ahid Abu Ata dan jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri.

Khalil turut menyarankan supaya diwujudkan satu jawatankuasa Palestin dalam setiap negeri dan negara dalam memastikan bumi berkah itu sentiasa ada dijiwa dan menjadi keutamaan umat Islam.

"Kami ingin memberi pesanan kepada Malaysia yang mementingkan Islam, bahawa kami begitu berbangga dengan keislaman anda.

"Kami menghargai Malaysia dan semua di sini. Kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa kami akan memastikan penjajahan kami berakhir," katanya.

Taman Tamadun Islam turut menjadi lokasi kunjungan delegasi Palestin.





Sumber: teganukita.net