"Cover Sikit Hidung Tu", Siti Sarah Terkilan



Zaman kanak-kanak dulu tak pelik la kalau body shaming ni timbul sebab masa tu kita semua masih lagi bawah umur dan pemikiran pun masih belum matang, tapi yang peliknya zaman sekarang ni, dah tua bangka pun masih ada lagi yang menghina bentuk badan ataupun wajah orang lain.


Apa la yang tak puas hati sangat tu tanpa rasa bersalah mengutuk dan hina bentuk badan atau wajah orang? Baru-baru ni, Siti Sarah Raisuddin iaitu isteri kepada pelawak terkenal Shuib, meluahkan rasa terkilannya sebab ada yang menghina hidungnya terang menerang diruangan komen Instagram nya. Siapa jer yang tak terasa hati bila orang mengata atau mengutuk kita kan!

Dipercayai Sarah dari kecil sampai la sekarang masih lagi orang pandang hina tentang bentuk hidungnya sampai taktahu macam mana cara nak puaskan hati orang lain supaya tutup mulut dan berhenti bercakap tentang hidung nya tu. Selagi mangsa penghinaan boleh sabar teruskan la bersabar sebab mulut orang lain ni takkan berhenti mengata!

Sumber : Siakap Keli

+Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Sumber: Oh! Media