Cakna Ibadah Pengunjung, Surau Sementara Dibina

Amzad melihat keadaan dalam surau yang dibina.
KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Syarikat Air Terengganu (SATU) bekerjasama mewujudkan surau sementara bagi memudahkan pengunjung di Pulau Warisan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, inisiatif tersebut diwujudkan untuk keselesaan para peniaga dan pengunjung di sana menunaikan ibadah.

"Berdasarkan status sebagai salah sebuah tempat menarik di Terengganu dengan limpahan kilauan lampu yang berwarna warni pada waktu malam, ditambah dengan pemandangan berlatarbelakangkan Drawbridge Kuala Terengganu, lokasi ini pasti menjadi tumpuan para pelancong yang berkunjung.

Surau sementara sedang diletakkan di kawasan lapang.
"Jadi, saya rasa amat wajar untuk diwujudkan sebuah surau sementara di sini sehingga surau yang kekal siap dibina selaras dasar pelaksanaan patuh syariah kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu proses meletakkan surau sementara daripada kontena itu.

Turut hadir, Pegawai Bahagian Penyelenggaraan Bangunan MBKT, Mohd Hafizuddin Muhammad Nor dan Anuar Mohd.

Tambahnya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu akan berusaha untuk melengkapkan kemudahan surau sementara itu demi keselesaan para pengunjung di sana.





Sumber: teganukita.net