Terkini sehingga jam 8 pagi, kampung Batu 23 mula dinaiki air |
HULU TERENGGANU, 2 Disember - Keadaan banjir di daerah ini semakin akibat hujan lebat berterusan menjadikan jumlah mangsa banjir yang mulanya berkurangan kembali bertambah kepada 1,751 melibatkan 553 keluarga di daerah ini.
Berdasarkan perkembangan semasa menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lebih banyak PPS dibuka sehingga jam enam pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan banjir (PPS) sebanyak 33 buah berbanding 28 buah semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir diminta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa, terutamanya arahan untuk berpindah ke PPS yang telah ditetapkan JKM.
Katanya, penduduk juga perlu peka dengan perubahan cuaca semasa dan mengikuti perkembangan terkini banjir dari saluran maklumat yang sah.
"Ibu bapa tolong pantau anak-anak mereka dan jangan biarkan mereka bermain air, berwaspada dari semasa ke semasa supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini," ujarnya.
Sumber: teganukita.net