80 Pelajar Kuasai Hafazan



Oleh : Jusmawari Jusoh

BESUT, 23 Disember - Seramai 80 orang pelajar menyertai Kem Smart Huffaz Dan Hadis bagi menguasai hafazan al-quran dan hadis Nabi SAW sempena program cuti sekolah tahun 2019.

Pengerusinya,Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, program tersebut membuka peluang kepada mana-mana pelajar menyertainya dan berharap agar generasi ilmuan dalam agama tidak lenyap begitu sahaja.

"Kita akan terus memperkasakan dan merealisasikan tuntutan agama kepada masyarakat".

"Ini selaras dengan tuntutan agar generasi akan datang tahu dalam beragama dan sekaligus dapat menghindarkan masalah gejala sosial dikalangan pelajar-pelajar," jelasnya.


Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Besut berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program di Kompleks Pendidikan Annur Besut pada Sabtu, 21 Disember.

Menurutnya, selama tiga minggu kem ini berlansung dan ia adalah
anjuran bersama dengan Penjabat Penyelaras Parlimen Besut dan Pengurusan Tahfiz Annur Besut.






Sumber: teganukita.net