60 Anggota Selamatkan Penduduk Terkandas Banjir



HULU TERENGGANU, 1 Disember - Seramai 60 anggota menyelamat telah digerakkan dalam operasi menyelamat penduduk di Kampung (kg) Lubuk Periuk dan Kg Peneh yang tidak sempat berpindah ke pusat perpindahan sementara (PPS) setelah kampung mereka dilanda banjir diluar jangkaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata  pasukan petugas operasi bencana banjir Hulu Terengganu telah digerakkan kedua lokasi yang dinaiki air mendadak akibat hujan lebat hari ini.

"Kawasan terlibat adalah Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh yang dinaiki air dan penduduknya tidak sempat untuk berpindah.

"Pemindahan penduduk telah dibantu oleh pasukan petugas secara bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) , BOMBA , Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan turut mendapat bantuan dari Pasukan FRU Wakaf Tapai," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.



Sehingga enam petang, sebanyak l4 PPS telah dibuka melibatkan hampir 400 mangsa setelah kediaman mereka dinaiki air.

Sumber: teganukita.net