231 Orang Sertai Khatan Perdana


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 5 Disember - Seramai 231 orang kanak-kanak telah menyertai Majlis Khatan Perdana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada tahun ini.

Pegawai Penyelarasnya, Azbi Salleh berkata, ia merupakan program tahunan yang diadakan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) tersebut.

"Kerajaan negeri akan terus cakna agar rakyat terus mendapat hak mereka yang sepatutnya.

"Ia juga membantu penduduk DUN Kuala Besut untuk menunaikan kewajipan ini," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di Pusat Tarbiyyah Kampung Baharu, di sini semalam.

Menurutnya, tiada sebarang cas bayaran yang dikenakan kepada para peserta kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh pihak MTD.

Majlis tersebut turut diserikan dengan acara main air sebelum berkhatan yang dikendalikan oleh pihak Bomba kawasan Besut.

Justeru itu, beliau melahirkan rasa gembira kerana ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka pada program tersebut.


Turut sama dalam majlis tersebut ialah seluruh Ahli Jawatankuasa MTD Kuala Besut.

Sumber: teganukita.net